Friday, June 16, 2017

Lagu Karaoke Malaysia - Data

Group Band Data atau Kumpulan Data merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Kumpulan Data telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada awal 90'an. Ia dianggotai Md Nor, Hanif, Sharil dan Shidi (penyanyi). Kumpulan Data ini mula mencipta nama setelah berjaya melahirkan album hit Sayu, diikuti album kedua Tunduk Mengalah, Kasihku Tetap Abadi album ketiga dan Rahsia Kesabaranku album ke empat.
Meskipun kumpulan ini kurang menonjol dan jarang diangkat sebagai personaliti hiburan yang popular disebabkan kesibukan mereka sebagai penghibur kelab malam, namun lagu-lagu kumpulan Data mendapat tempat secara meluas. Antara lagu-lagu hit Data dan popular sehingga ke hari ini seperti Rindu Buat Kekasih, Tunduk Mengalah, Permasuri, Ku Menanti Ku Menangis dan yang terbaru Sayangku.
Kumpulan Data kini sedang merancang untuk menghasilkan album penuh terbaru di bawah label syarikat rakaman MVM yang dinaungi mereka dan dijangkakan akan tetap mengekalkan konsep lagu-lagunya yang terdahulu.

Berikut ini daftar Lagu Data :
    Nyanyian Rindu Buat Kekasih
    Cinta 7 Keramat
    Sayu
    Tunduk Mengalah
    Setia Yang Satu
    Puncak Yang Rebah
    Simfoni Pelarian Cinta
    Kasihku Tetap Abadi
    Ini Yang kumampu
    Permaisuri
    Mengulit Kenangan
    Sayangku
    Warkah Rahsia
Download lagu karaoke
Video karaoke tanpa vokal/ no vocal
Video karaoke lirik

No comments:

Post a Comment

Adbox